vooZzKRZcMxRdVJxOO75LUCEzGU Arena Rock Star: Antara Kumpulan Rock dan Metal Malaysia vooZzKRZcMxRdVJxOO75LUCEzGU

Subscribe Now: standard

KHALIFAH Headline Animator

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Untuk Mengikuti Perkembangan Kami Melalui Facebook Fan Page. Sila Klik Like.

Ahad, 4 Mac 2012

Antara Kumpulan Rock dan Metal Malaysia

Nuclear Strikes NUCLEAR STRIKES adalah band yang berasal dari Kajang
dan telah ditubuhkan pada tahun 2005, berpaksikan konsep heavy metal 80’an.Walaupun para anggota Nuclear Strikes berusia sekitar 20an namun muzik mereka amat dipengaruhi oleh band-band 80an seperti RIOT, ACCEPT, DIO, JUDAS PRIEST dan banyak lagi. Kumpulan ini diasaskan oleh pemain gitar yang juga merupakan anggota kumpulan thrash metal ANTACIDRex dan One, keunikan Nuclear Strikes terletak kepada penyanyi utama wanitanya Ladyana yang menampilkan persembahan yang mantap dan energetic diatas pentas. Walaupun usia penubuhan boleh dianggap masih baru namun Nuclear Strikes cukup berpengalaman mengadakan persembahan pentas diseluruh Negara.

HumiliationHUMILIATION pula ditubuhkan pada tahun 2009 dan menampilkan konsep old school death metal yang berinspirasikan band-band seperti Benediction, Bolthrower, Massacre dan sebagainya dengan memberikan nafas baru kepada genre tersebut. Humiliation muncul sebagai kumpulan yang cukup produktif dalam menghasilkan material yang bermutu dan mendapat pengiktirafan para pendengar. Tidak lama selepas ditubuhkan mereka melahirkan EP “Face The Disaster” pada tahun 2009. Disusuli dengan album penuh “Dawn Of Warfare”pada Julai 2010. Kedua-dua cd ini diterbitkan oleh Nebiula Production. Pada Jun 2011 mereka lahir dengan piring hitam 7” ”Brink Of Defeat”. Mereka sedang dalam persiapan untuk album penuh kedua yang dijangka akan diriliskan pada penghujung tahun ini. Di atas pentas, HUMILIATION dikenali sebagai band cukup mantap serta bertenaga. Selain dari persembahan di dalam Negara,mereka juga telah di undang untuk mengadakan persembahan di Singapura. Pada penghujung tahun ini mereka telah mendapat tawaran untuk beraksi di Jepun dan juga Thailand.

Brain Dead
BRAINDEAD merupakan pelopor kepada muzik deathrash di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1988 di Taiping, Perak. Bermula sebagai band yang bermain lagu-lagu cover dari Metallica akhirnya mereka berkembang kepada muzik yang lebih berat seperti Destruction, Possessed dan Sepultura. Pada tahun 1990, Braindead telah melahirkan demo pertama mereka “Eternal War” yang mendapat perhatian dari para pendengar luar dan dalam Negara . Pada tahun 1991 mereka telah melahirkan demo live yang telah dirakam dari persembahan mereka di ‘Super Thailand Festival’.

Peluang mereka untuk melahirkan album akhirnya menjelma apabila mereka mendapat tawaran dari Dark Journey Record pada tahun 1992. Setelah beberapa lama berkurung didalam studio akhirnya pada bulan Disember 1992 album pertama mereka “From The Ectasy” telah pasarkan. Album ini merupakan antara album yang terpenting didalam sejarah metal negara. Mereka terus aktif mengadakan persembahan sehingga tahun 1995 apabila terpaksa dibubarkan disebabkan masalah logistic para anggotanya. Walaupun begitu angota Braindead tetap aktif bermain muzik bersama kumpulan lain. Akhirnya pada tahun 2008, Braindead telah bersatu kembali bersama dengan bantuan pemain drum kumpulan Infectious Maggots- Lan Bye. Kemunculan sulung mereka di ”The Resurrection”di Kuala Lumpur dan terus bergerak aktif selepas itu.Baru-baru ini album mereka ‘From The Ectasy” telah diterbitkan semula dalam bentuk piring hitam oleh label dari Amerika Syarikat, NWN Records.

SOFEAPada tahun 1986, Negara di gegarkan dengan kemunculan kumpulan SYJ yang ditampilkan didalam kompilasi “Battle Of The Band”. Kompilasi tersebut telah mencetuskan satu fenomena dan ledakan demam muzik Rock pada ketika itu turut disertai oleh Lefthanded, Ella & The Boys, Bloodshed dan Rahim Maarof & Whitesteel. SYJ yang dianggotai oleh Amir (vocal), Zam (gitar), Man Rani (bass) dan Eduat (drum) muncul dengan imej unik ala-Motley Crue dan lagu-lagu pantas berteraskan lirik-lirik provokatif yang mencelikkan mata dan minda! Setelah menyertai 2 volume kompilasi “Battle Of The Band” dan siri konsert jelajah, pada tahun 1987 mereka memulakan langkah baru dengan menukar nama kepada SOFEA. Posisi pemain drum, Syed Eduat telah digantikan dengan Raja Nahar. Mereka muncul dengan album penuh yang bertajuk “Kembali”. Pada tahun 1988 mereka melahirkan album “Anak Liar” yang telah menampilkan lagu ballad mereka yang paling popular “Bunga Padang Pasir”. Selepas itu mereka telah menerbitkan beberapa album seperti “Boneka Pentas”(1989) dan “Mimpi dan Airmata”(1990) dan “Khudrat” (1991).Selepas itu anggota kumpulan SOFEA telah membawa haluan masing-masing dan legasi SOFEA terkubur begitu sahaja. Beberapa usaha telah dibuat untuk mengembalikan SOFEA kepersada muzik tanahair sehinggalah pada tahun 2011 akhirnya Amir,Man Rani dan Raja Nahar bersama pemuzik undangan muncul di KL Metalcamp. Dari situ SOFEA telah berpeluang membuat persembahan di Hard Rock CafĂ© dan menjadi ‘opening band’ untuk lagenda Jepun LOUDNESS pada 24 Julai 2011 yang lalu.

Sil Khannaz
SIL KHANNAZ nama yang cukup sinonim apabila kita berbicara tentang perkembangan scene Eastern Metal. Diasaskan di Kangar, Perlis sekitar tahun 1989, Sil Khannaz telah melahirkan beberapa album yang menjadi penanda aras kepada perkembangan muzik metal negara. Bermula dengan dengan 2 buah demo pada tahun 1990, karier mereka mendapat lonjakan dengan kelahiran album pertama “Conception Of Madness” yang telah diterbitkan oleh VSP Records pada tahun 1992. Album ini juga mencatat sejarah dimana, buat pertama kalinya band tempatan melahirkan album didalam format CD. Album tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakan dari para pendengar.

Mereka terus melahirkan beberapa album dan mendapat sambutan hangat, seperti “Pendita Gila”, “Gerbang Kayangan”, “Bara Pawaka” dan “Berdiri diantara Panji-Panji”. Disamping itu mereka juga telah melahirkan beberapa kompilasi dan album tribute. Pernah mengadakan persembahan diseluruh pelusuk negara. Dari persembahan kelab seperti di Planet Holywood, Orange Club dan Saloma Bistro sehinggalah Konsert di stadium seperti konsert” Rock The World”. Selain dari itu mereka juga pernah diundang untuk mengadakan persembahan di negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

Apakah mereka mampu mencipta legasinya sendiri? Sama-samalah kita nantikan, walauapapun persepsi anda kepada kumpulan yang bakal menjadi ‘opening’, apa yang penting sokonglah industri hiburan Negara.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini
www.hypersmash.com